Pages

VISI : Melahirkan Mahasiswa Perancang Bertaraf Dunia Yang Berdaya Saing & Berkualiti

MISI : Meneraju Kepimpinan Mahasiswa Perancang Berteraskan Prinsip "Hubungan Manusia Dengan Tuhan,Manusia Dengan Manusia, Manusia Dengan Alam Sekitar"

Motto : Transformasi Perancang Pendukung Wawasan

Wednesday, 28 March 2012

Super '12

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Lai..Lai...Lai.... 
nasi lemak, bihun, jambu.... makanan-makanan...  eh?
ops! dah tukar menu.... 

UTM

Super datang lagi!!!

futsal,
bola sepak,
bola jaring,
bola tampar,
sukaneka 
dan kemuncak segalanya..... tarik tali!!

Attention to all, lupakan kejap panggilan makanan petang-petang tu. Lupakan kejap nasi ayam penyek. Untuk minggu ini, tahan perut masing-masing untuk meningkatkan stamina. Minggu untuk mengeluarkan peluh sudah kembali. 

Lupakan seketika peluh tak matang yang keluar masa site visit, peluh masa air cond rosak dan peluh masa matahari tegak atas kepala sambil air milo arked meranti bergayut di bibir. Sama-samalah menyinsing lengan, menukar heel kepada sport shoes, slack kepada short pants  ( :P) dan juga latop kepada bola. 

Bermula pada 26 March 2012 hingga 31 March 2012, SUPER '12 bakal berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia. SUPER atau dengan kata lain, Sukan Perancang adalah diantara aktiviti tahunan bagi pelajar perancangan bandar dan wilayah. Selepas berjerih perih dengan tugasan yang datang tanpa henti, kesihatan diri perlu juga di utamakan. Kehidupan sosial sesama ahli juga turut perlu di titik beratkan. Program Super 2012 kali ini di harap bakal menyuntik semangat kepada para pelajar untuk melibatkan diri  untuk turun padang dan bertemu sesama ahli bagi mengeratkan lagi hubungan diantara pelajar dari setiap tahun mahupun dalam kalangan alumni persatuan ini sendiri. Selamat bersukan kepada semua pelajar perancangan bandar dan wilayah!!! 

Majulah sukan untuk negara!! 

No comments:

Post a Comment