Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pada 26 March 2012 (Isnin) telah bermula perlawanan pertama futsal di antara pelajar tahun pertama, kedua, ketiga, keempat dan juga super senior. Terima kasih kepada mereka yang sudi untuk turun padang untuk memeriahkan suasana sukan Super. Terima kasih juga kepada super senior yang sudi untuk turut serta melibatkan diri dalam acara yang di adakan oleh pihak Pewibawa.
Bagi perlawan futsal di antara pelajar perempuan, keputusan akhir perlawanan ialah:
Pertama = tahun 3SBW
Kedua = tahun 2 SBW
Ketiga = tahun 4 SBW
Keempat = tahun 1 SBW
perlawanan di tangguhkan bagi pemain lelaki pada hari rabu bersamaan 28 March 2012.
Pada 28 March 2012 (Rabu), perlawanan futsal antara pelajar lelaki telah berlangsung bermula pada jam 8.30 malam. Keputusan perlawanan ialah
Pertama = tahun 3SBW
Kedua = tahun 1 SBW
Ketiga = tahun 4 SBW
Keempat = tahun 2 SBW
Tahniah kepada yang menang. Selamat mencuba lagi bagi yang tidak berjaya. InsyaALLAH.
VISI : Melahirkan Mahasiswa Perancang Bertaraf Dunia Yang Berdaya Saing & Berkualiti
MISI : Meneraju Kepimpinan Mahasiswa Perancang Berteraskan Prinsip "Hubungan Manusia Dengan Tuhan,Manusia Dengan Manusia, Manusia Dengan Alam Sekitar"
Motto : Transformasi Perancang Pendukung Wawasan
MISI : Meneraju Kepimpinan Mahasiswa Perancang Berteraskan Prinsip "Hubungan Manusia Dengan Tuhan,Manusia Dengan Manusia, Manusia Dengan Alam Sekitar"
Motto : Transformasi Perancang Pendukung Wawasan
Thursday, 29 March 2012
Wednesday, 28 March 2012
Super '12
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Lai..Lai...Lai....
nasi lemak, bihun, jambu.... makanan-makanan... eh?
ops! dah tukar menu....
Super datang lagi!!!
futsal,
bola sepak,
bola jaring,
bola tampar,
sukaneka
dan kemuncak segalanya..... tarik tali!!
Attention to all, lupakan kejap panggilan makanan petang-petang tu. Lupakan kejap nasi ayam penyek. Untuk minggu ini, tahan perut masing-masing untuk meningkatkan stamina. Minggu untuk mengeluarkan peluh sudah kembali.
Lupakan seketika peluh tak matang yang keluar masa site visit, peluh masa air cond rosak dan peluh masa matahari tegak atas kepala sambil air milo arked meranti bergayut di bibir. Sama-samalah menyinsing lengan, menukar heel kepada sport shoes, slack kepada short pants ( :P) dan juga latop kepada bola.
Bermula pada 26 March 2012 hingga 31 March 2012, SUPER '12 bakal berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia. SUPER atau dengan kata lain, Sukan Perancang adalah diantara aktiviti tahunan bagi pelajar perancangan bandar dan wilayah. Selepas berjerih perih dengan tugasan yang datang tanpa henti, kesihatan diri perlu juga di utamakan. Kehidupan sosial sesama ahli juga turut perlu di titik beratkan. Program Super 2012 kali ini di harap bakal menyuntik semangat kepada para pelajar untuk melibatkan diri untuk turun padang dan bertemu sesama ahli bagi mengeratkan lagi hubungan diantara pelajar dari setiap tahun mahupun dalam kalangan alumni persatuan ini sendiri. Selamat bersukan kepada semua pelajar perancangan bandar dan wilayah!!!
Majulah sukan untuk negara!!
Welcome Speech
Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Selamat datang ke blog Pewibawa. Alhamdulilah, selepas sekian lama perancangan di buat akhirnya sebuah blog baru yang membawa nama PEWIBAWA telah berjaya di wujudkan didalam lingkungan dunia maya ini.
PEWIBAWA adalah sebuah persatuan berdaftar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Pewibawa membawa maksud kepada Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan ini adalah penglibatan terus mahasiswa perancangan bandar dan wilayah, Fakulti Alam Bina, UTM.
Antara tujuan utama blog ini dibina adalah untuk memperkenalkan persatuan ini kepada ahli-ahli persatuan sendiri terutamanya dan juga kepada umum tentang dunia pelajar perancangan bandar dan wilayah, UTM dan keistimewaannya.

![]() |
logo sedia ada bagi persatuan perancangan bandar dah wilayah |
PEWIBAWA adalah sebuah persatuan berdaftar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Pewibawa membawa maksud kepada Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan ini adalah penglibatan terus mahasiswa perancangan bandar dan wilayah, Fakulti Alam Bina, UTM.
Antara tujuan utama blog ini dibina adalah untuk memperkenalkan persatuan ini kepada ahli-ahli persatuan sendiri terutamanya dan juga kepada umum tentang dunia pelajar perancangan bandar dan wilayah, UTM dan keistimewaannya.
Subscribe to:
Comments (Atom)